Khairuddin masuk hospital akibat tidak cukup rehat
Iklan
Mohd Khairuddin memaklumkan keadaan kesihatannya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook miliknya.
SHAH ALAM - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dimasukkan ke hospital semalam berikutan tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, beliau dinasihatkan agar berehat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan minggu lalu namun tidak berbuat demikian sebaliknya terus mengikuti jadual kerja yang padat.
Iklan
Iklan
"Minggu lepas selepas pemeriksaan, doktor minta berehat seminggu namun tugasan yang banyak tidak mengizinkan untuk rehat sepenuhnya.
"Hanya boleh ditangguhkan beberapa program. Jadual panjang menanti termasuk di Sabah dan Miri, Sarawak pada hujung bulan ini. Moga sempat kembali sihat.
Iklan
"Doakan saya untuk terus sihat. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Doa senjata bagi orang mukmin," catat beliau di Facebooknya, malam tadi.
Bagaimanapun keadaan kesihatan Mohd Khairuddin stabil walaupun terpaksa berehat di wad sebuah hospital yang tidak dinyatakan di mana sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan susulan hari ini.
Iklan
"Alhamdulillah. Sihat dan sakit adalah sunnah kehidupan. Pertama kali berpengalaman masuk wad sebagai pesakit hari ini.
"Esok (hari ini) hanya prosedur kecil sahaja. Harapnya sehari dua mudah-mudahan sudah boleh keluar," katanya di laman sosial itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>