SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan PRIMA Malaysia, Datuk Hasleen Isnin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu.
SPNB dalam satu kenyataan memaklumkan, Hasleen yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor perbankan dan komersial, dilantik bagi tempoh dua tahun, menggantikan Datuk Seri Ahmad Azizi Ali yang tamat tempoh perkhidmatan.