LANGKAWI - Langkawi kekal sebagai zon hijau koronavirus (Covid-19), justeru pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Hezri Adnan berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 September lepas tiada kaitan dengan Langkawi yang turut mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.