59 individu ditahan sertai parti liar
Iklan
Antara individu yang ditahan kerana mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR - Seramai 59 individu termasuk 27 pelajar dan remaja bawah umur ditahan kerana mengadakan parti liar di sebuah kondominium yang disewa di Jalan Sultan Ismail di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam serbuan itu pihak polis menahan seramai 44 lelaki dan 15 perempuan berusia lingkungan 14 hingga 23 tahun.
"Hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki polis menemui 31 biji pil ekstasi.
Iklan
"Ujian saringan awal mendapati 16 suspek termasuk dua penuntut kolej dan seorang pelajar sekolah positif dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis juga merampas beberapa barang seperti peralatan audio dan lampu LED.
Iklan
Katanya, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.
"Kesemua tangkapan juga telah dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya,
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>