Dewan Ulamak Pas garis lima tonggak bina perpaduan nasional
Iklan
Nik Zawawi (dua dari kiri) bersama Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima semasa Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Kali ke-59 di Markaz Dewan Ulama (MADU) Kelantan di Pulai Chondong.
MACHANG - Dewan Ulamak Pas Pusat menggariskan lima tonggak yang perlu diikuti dalam membina perpaduan nasional di negara ini.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, lima tonggak berkenaan ialah menjaga hak majoriti secara adil, menghormati Islam sebagai pasak kestabilan, mengharmonikan kesejahteraan dalam masyarakat majmuk, mendahulukan jalan perdamaian dan kesejahteraan serta menolak sebarang anasir jahat.
Iklan
Iklan
"Perpaduan nasional berpaksikan kepada Islam ini bukan bersifat rasis dan meminggirkan masyarakat kaum-kaum lain.
"Ia lebih kepada penyatuan sebagai langkah yang diambil Nabi Muhammad SAW berpandukan kepada model Piagam Madinah," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali ke-59 di Markas Dewan Ulama (MADU) Kelantan di Pulai Chondong di sini hari ini.
Perasmian Muktamar tahunan Dewan Ulama Pas Pusat dengan tema 'Ulama Perteguh Muafakat' hari ini disempurnakan Timbalan Mursyidur Am Pas, Datuk Ahmad Yakub.
Iklan
Menurutnya, penubuhan Malaysia jelas mengambil semangat daripada peristiwa pembinaan negara Islam Madinah, malah generasi pengasas kemerdekaan negara jelas memahami kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.
"Sekali pun pada ketika itu, bangsa Melayu adalah teras utama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan merupakan kumpulan majoriti rakyat yang terbesar dari segi demografi.
"Bagaimanapun, kontrak sosial yang melibatkan semua kaum sudah dibincangkan secara mendalam sehingga mendapat persetujuan daripada semua wakil kaum, parti politik dan pertubuhan sivil," katanya.
Katanya, pembentukan perpaduan adalah satu perkara penting yang diumpamakan langkah ‘gergasi’ dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
"Langkah yang penuh dengan pertimbangan toleransi dan hikmah yang amat mendalam.
"Semua bukan Islam layak diberikan hak kemanusiaan, kemasyarakatan dan kewarganegaraan dalam sesebuah negara yang diduduki selagi mana mereka menghormati dan mematuhi peraturan yang sedia ada," katanya.
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.