17 kes Covid-19 dilapor di hospital awam utama di Seoul

Iklan

SEOUL - Seramai 17 orang termasuk kakitangan hospital dan pesakit di sebuah hospital awam utama di Seoul didapati positif koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Yonhap.

Seorang pekerja yang mempunyai kaitan dengan unit pemakanan di Severance Hospital di barat Seoul didapati positif virus itu pada semalam menjadi kes pertama dalam kluster ini.

Iklan
Iklan

Sembilan yang lain juga positif menerusi ujian saringan yang dilakukan dalam tempoh dua hari lalu.

Pada hari ini, tujuh kes lain dilaporkan di unit pemulihan termasuk pesakit, penjaga dan jururawat.

Iklan
Iklan

Hospital kemudian menggantung sementara lawatan untuk pesakit luar dan ujian saringan terhadap pesakit, penjaga dan pekerja lain akan dijalankan. - Bernama