KJ jumpa Veveonah, minta maaf wakili kerajaan
Iklan
Khairy (dua dari kanan) ketika bertemu dengan Veveonah (dua dari kiri) dan ibu bapanya di UMS hari ini.
SHAH ALAM - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertemu dengan pelajar, Veveonah Mosibin, 18, serta ibu bapanya bagi meminta maaf bagi pihak kerajaan.
"Sempat bertemu Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan," katanya dalam satu ciapan di Twitter beliau hari ini.
Iklan
Iklan
Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mencadangkan agar Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah'
Iklan
UMS sahkan Veveonah ambil peperiksaan dalam talian
Jemaah Menteri bincang isu Veveonah
Iklan
Semalam, Khairy berkata, Kabinet memutuskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.
Dalam perkembangan terbaharu, Zahidi hari ini memohon maaf di Dewan Negara kerana menimbulkan kekeliruan berhubung masalah capaian internet yang dihadapi Veveonah.
"Saya ingin memohon maaf, dengan keizinan Yang Dipertua, saya ingin membuat permohonan itu di dewan mulia ini kerana menimbulkan kekeliruan dalam hal adik Veveonah. Maaf juga kerana maklumat daripada wakil rakyat kawasan menyebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
"Mungkin pendapat saya telah disalah tafsir. Di daerah dan Pekan Pitas terdapat liputan dan pusat internet, namun ia perlu ditambah baik secara keseluruhan,” katanya sebelum memulakan sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini hari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>