KOTA BHARU - Penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan keseluruhan kakitangan, pentadbiran dan juga pengurusan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan termasuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan beberapa pihak lain, bagi menjadikan JKM sebuah agensi yang mampu menangani cabaran lebih besar di masa hadapan.