'Sampai bila kami nak hidup begini'
Iklan
Penduduk mengadakan perhimpunan hari ini mendesak kerajaan negeri tidak lagi meluluskan operasi kuari di kawasan Bukit Juru.
BUKIT TENGAH - Lebih 3,000 penduduk di sekitar Bukit Juru di sini merayu kepada kerajaan negeri agar tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk memperbaharui lesen operasi kuari di Sungai Semilang di sini.
Mereka mendakwa aktiviti kuari yang dijalankan sejak sekian lama bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup penduduk, malah mengundang pelbagai risiko bahaya kesan daripada letupan batu yang dilakukan setiap minggu.
Iklan
Iklan
Penduduk, Mohd Ariff Md Basir,46, berkata, banyak rumah yang rosak akibat impak letupan berkenaan, bahkan mereka terpaksa berdepan dengan masalah debu yang berpunca daripada tapak kuari berkenaan.
Penduduk menunjukkan keadaan rumahnya yang retak akibat impak letupan di kawasan kuari.
"Sampai bila kami nak hidup dalam keadaan begini. Bila rumah rosak dan retak disebabkan letupan batu yang dilakukan, kami terpaksa keluarkan duit sendiri untuk membaiki rumah.
Iklan
"Keselamatan kami terancam apabila banyak haiwan liar masuk ke kampung, malah kami terpaksa berhadapan dengan ratusan lori muatan batu yang melalui kawasan ini setiap hari," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk, Anuar Ab Hamid, 67, berkata, disebabkan aktiviti kuari terbabit yang semakin rancak beroperasi menyebabkan persekitaran kampung berkenaan berubah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk serta alam sekitar.
Iklan
"Bayangkan 30 tahun lalu terdapat kawasan pantai dan sawah padi indah di sini namun apabila aktiviti kuari dilakukan secara besar-besaran, semuanya musnah begitu sahaja.
"Saya pernah beberapa kali memperjuangkan isu ini untuk perhatian semua, malangnya suara saya tidak didengari," katanya.
Tapak kuari di Sungai Semilang.
Anuar berkata, mereka difahamkan terdapat tiga plot tanah berkeluasan 12.78 hektar diberikan untuk operasi kuari berkenaan yang dipajak sehingga 2042.
"Jika sekarang pun sudah tidak tahan melaluinya, bagaimana generasi akan datang menghadapi perkara ini dalam tempoh 42 tahun lagi," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung yang turut bersama dalam sidang akhbar berkenaan berkata, beliau akan membawa semua pandangan berhubung isu itu untuk perhatian kerajaan negeri.
Hsiao Leung (empat dari kiri) pada sidang akhbar di Bukit Tengah hari ini menunjukkan gambar kawasan kuari yang menjejaskan kualiti hidup penduduk dan memusnahkan Bukit Juru.
"Saya bersetuju supaya kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen atau permit kerana tiada satu pun kebaikan diterima penduduk sejak operasi kuari bermula secara besar-besaran antara 1980 hingga 1985.
"Penduduk sudah terlalu sengsara hidup dalam pencemaran udara, habuk dan gegaran letupan batu, tambahan pula Bukit Juru satu-satunya bukit yang masih wujud di Bukit Tengah yang ia juga kawasan hutan simpan.
"Sekiranya operasi kuari masih lagi dibenarkan, saya percaya dalam jangka panjang Bukit Juru dengan segala keindahannya akan lenyap," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.