Menang PRK Cameron Highlands, bukti BN masih lagi releven
Iklan
Noraini Ahmad
SHAH ALAM - Kejayaan BN mempertahankan kemenangan pada PRK Cameron Highlands menjadi isyarat jelas bahawa parti itu masih lagi relevan dan diterima rakyat.
Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu juga menjadi permulaan positif untuk parti itu mencari kemenangan pada PRK Semenyih yang dijadualkan 2 Mac depan.
Iklan
Iklan
"Kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor merupakan isyarat yang jelas bahawa Umno dan BN masih relevan menterjemahkan perjuangan untuk negara, bangsa dan agama.
"Terima kasih kepada pengundi Cameron Highlands yang telah membuat keputusan tepat dengan mengangkat beliau (Ramli) sebagai Ahli Parlimen Orang Asli yang pertama.
Iklan
"Saya penuh yakin amanah yang telah diberikan oleh rakyat ini akan dapat dilaksanakan oleh beliau dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP
Iklan
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, keputusan PRK Cameron Highlands yang menunjukkan pertambahan majoriti yang lebih besar itu juga membuktikan blok pembangkang perpaduan (unity opposition) yang semakin kukuh di antara Umno dan juga Pas.
"Kepada rakan-rakan Pas, jazakAllahu khairan kathiran di atas kerjasama dan keyakinan yang diberikan,” katanya.
Ramli diumumkan menang selepas memperoleh 12,038 undi, manakala M Manogaran, 8,800 (PH dan dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib, 314, dan Wong Seng Yee 283.
PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C Sivarraajh pada PRU14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>