90 kotak ayam sejuk beku dirampas
Iklan
PGA merampas 60 kotak berisi ayam sejuk beku di dalam sebuah Perodua Myvi di Jalan Bypass Banggol Chicha, Rantau Panjang semalam.
RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa merampas 90 kotak ayam sejuk beku bernilai RM38,800 yang cuba diseludup masuk secara haram ke negara ini dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, serbuan pertama dibuat sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan di kawasan Jeram Perdah yang ternampak sebuah Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bypass Banggol Chicha.
Iklan
Iklan
"Anggota PGA telah bertindak menahan kenderaan tersebut, bagaimanapun pemandu itu telah melarikan diri ke dalam semak berhampiran," katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menemui 60 kotak berisi ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara Thailand.
PGA merampas 30 kotak berisi ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari Thailand di kawasan pangkalan haram Rantau Panjang semalam.
Iklan
Katanya, rampasan dianggarkan berjumlah RM27,200 dan kesemuanya diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut.
Muhammad berkata, serbuan berikutnya pada jam 11 pagi telah merampas 30 kotak berisi ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara Thailand.
Iklan
Katanya, rampasan itu dianggarkan berjumlah RM11,600.
"Ketika sedang melakukan rondaan rutin di kawasan pangkalan haram Rantau Panjang telah terserempak dengan beberapa orang lelaki sedang memunggah kotak dari dalam perahu ke dalam sebuah kereta.
"Menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki itu terus bertindak melarikan diri menggunakan perahu ke Thailand," katanya.
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.