Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam

Iklan
Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim mengetuai Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 dan Jubli Perak Putrajaya di Jambatan Putra, Putrajaya, hari ini. Perarakan 88 ekor kuda sejauh 6.7 kilometer itu melibatkan kontinjen dari Unit Berkuda Perbadanan Putrajaya (PPj), Unit Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Berkuda Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Bridged Ekuin Angkatan Pertahanan Awam (APM). Jumlah 88 ekor kuda itu adalah simbolik 63 tahun kemerdekaan negara dan 25 tahun penubuhan Putrajaya. - Foto Bernama