Walaupun kalah, abang topi tetap berjiwa besar

Iklan

CAMERON HIGHLANDS - Walaupun hanya meraih 276 undi dalam PRK Cameron Highlands, sikap calon Bebas, Wong Seng Yee harus dipuji.

Beliau merupakan calon paling awal sampai di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata bagi mengikuti proses penjumlahan undi.

Iklan
Iklan

Malah, walaupun kalah beliau tetap berbesar hati naik ke atas pentas bersama calon BN, Ramli Mohd Nor ketika pengumuman keputusan.

Sementara dua lagi calon yang tewas, M Manogaran (PH) dan Sallehudin Ab Talib (Bebas) tidak kelihatan.

Iklan

Ditanya reaksinya, Seng Yee berkata, beliau akur dan menerima keputusan itu.

"Menang atau kalah saya sudah bersedia termasuk untuk hilang deposit. Namun, saya akan tetap bantu penduduk Cameron Highlands dengan cara sendiri untuk naikkan ekonomi mereka," katanya.

Iklan

Mengakui sedikit terkejut dengan majoriti besar diperolehi Ramli, beliau berharap wakil rakyat itu tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli.

Seng Yee yang juga seorang petani terkenal dengan imej bertopi mengkuang dan but kuning sepanjang berkempen.