Bersatu tidak lari matlamat terima ahli bukan bumiputera

Iklan
Hamzah Zainudin

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa parti itu telah tersasar daripada matlamat asal apabila membuka keahlian kepada bukan bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana, dalam Perlembagaan Bersatu sedia ada telah pun memperincikan perihal berkaitan ahli bersekutu seperti dalam Fasal 7 (Keahlian), Fasal 8 (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli).

Iklan
Iklan

"Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti.

"Sebagai sebuah parti politik yang berpandangan jauh dan inklusif, Bersatu mengiktiraf sumbangan serta peranan ahli bersekutu dan akan terus memperkasakan penglibatan dalam kalangan mereka dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Jumaat lalu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengeluarkan kenyataan mengejutkan apabila meminta pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan tersebut dibuat berikutan pengumuman Bersatu untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li gesa menteri UMNO undur segera dari Kabinet