Isu pindah kuil: Semua perlu akur arahan mahkamah
Iklan
V Ganabatirau
SUBANG JAYA - Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan semua pihak perlu mematuhi keputusan mahkamah dan peraturan undang-undang berhubung isu pemindahan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, berkata pemindahan kuil berkenaan mendapat campur tangan kerajaan negeri yang turut bantu menyediakan tapak kuil ganti.
"Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga dengan kerjasama dengan pengurusan kuil, pasukan petugas dan agensi yang berkaitan untuk mencari penyelesaian yang baik untuk masalah ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengutuk insiden rusuhan di kuil berkenaan yang berlaku awal pagi tadi dan disifatkannya sebagai cubaan mewujudkan ketegangan kaum.
Menurutnya, pihak polis harus menyiasat dengan teliti insiden tersebut serta memberikan perlindungan yang diperlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan negara.
"Saya secara terang-terangan mengutuk tindakan sekumpulan penceroboh ini. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk memasuki kuil apatah lagi dengan senjata berbahaya dan menyerang orang awam di kuil," katanya.
Kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu berdasarkan arahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.
Empat pihak terlibat telah bersetuju memindahkan kuil tersebut dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.
Empat pihak terlibat dalam penghakiman berkenaan ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil tersebut, K. Chellappa dan M. Nagaraju.
Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.
One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Walau bagaimanapun, ada pihak terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah wujud sejak tahun 1891.
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>