PM sedih sahabat baik tidak bersama memimpin kerajaan
Iklan
Muhyiddin disambut Ketua Mohd Shafie sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu bagi lawatan kerja bermula hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan kesedihan kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disifatkannya sebagai sahabat baik tidak bersamanya dalam memimpin kerajaan.
Perdana Menteri berkata, beliau bersama Mohd Shafie ialah rakan seperjuangan terutamanya dalam UMNO sehingga beliau dipecat dan Mohd Shafie membuat keputusan meninggalkan parti itu.
Iklan
Iklan
"Tetapi cerita yang agak saya sedih ialah waktu mana saya memimpin negara sebagai perdana menteri pimpinan negeri Sabah tidak bersama saya, itu (Mohd Shafie) sahabat baik saya kerana dalam soal politik ini kadang-kadang hari ini sahabat esok jadi lawan.
"Tetapi soal mentadbir negara, sebaik mungkinnya kerajaan Persekutuan dan negeri mesti sama, sehati dan sejiwa," katanya yang turut menceritakan Mohd Shafie menyambutnya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pagi tadi.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
Muhyiddin yang kali pertama melakukan lawatan ke negeri ini sebagai Perdana Menteri disambut Mohd Shafie dan gambar dua pemimpin melakukan fist bump di lapangan terbang itu kini dikongsi ramai pengguna media sosial dan internet. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>