Perak sokong Malaysia #QuranHour
Iklan
Mohd Akmal (tengah) bersama wakil Rumah Ngaji Perak dan petugas Pusat Media KKMM menunjukkan plakad Malaysia #QuranHour sebagai tanda sokongan.
TANJUNG MALIM - Kerajaan Perak menyokong penuh penganjuran Malaysia #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.
Exco Agama dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, sebagai tanda sokongan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak mengeluarkan memorandum kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri untuk bersama-sama meraikan program tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, walaupun 30 Ogos itu merupakan hari cuti, semua penjawat awam digalakkan bersama-sama keluarga masing-masing di rumah menyaksikan program tersebut menerusi siaran langsung di TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis, platform digital Sinar Harian dan Ideaktiv bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.
"Kerajaan negeri menyokong penuh apa sahaja usaha untuk memartabatkan kesucian, membudayakan dan mendekatkan al-Quran dengan masyarakat.
Iklan
"Kita menyeru rakyat Perak yang beragama Islam atau bukan Islam boleh turut menyertai tetapi tiada paksaan kerana jika seluruh rakyat Malaysia dekat dengan al-Quran, ia akan melahirkan Malaysia yang harmoni dan prihatin kerana al-Quran mengajak kepada kasih sayang, saling hormat menghormati maka akan lahirlah Malaysia yang harmoni itu sendiri," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini hari ini.
Mohd Akmal menunjukkan plakad Malaysia #QuranHour ketika sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.
Hadir sama, Penasihat Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah dan Pengarah Komunikasi Strategik Perak, Hafez Sabri.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri selepas ini akan ada lebih memperbanyakkan program yang memartabatkan al-Quran.
Kempen Malaysia #QuranHour kali keenam ini bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti 'Ibadurrahman' akan disiarkan secara langsung melalui stesen TV dan platform digital iaitu TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis, Sinar Harian dan Ideaktiv pada 30 Ogos ini pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang.
ARTIKEL BERKAITAN: Teladani 12 personaliti Ibadurrahman
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.