Pas sedia guna lambang dacing di PRN Sabah
Iklan
Abdul Hadi
MARANG - Pas bersedia menggunakan lambang parti Barisan Nasional (BN) iaitu dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas terbuka dengan sebarang keputusan yang dicapai oleh rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) sekiranya mereka memutuskan untuk menggunakan logo BN.
Iklan
Iklan
"Pas tiada masalah guna simbol BN. Pas boleh guna simbol BN di Sabah. Kalau keputusan menggunakan simbol masing-masing, guna simbol masing-masing kerana saya difahamkan ada parti di Sabah yang nak buat simbolnya sendiri. Terpulang.. kita tak ada masalah.
ARTIKEL BERKAITAN: Calon BN di PRN Sabah guna lambang dacing
Iklan
"Kita nak guna simbol masing-masing pun boleh, kita terbuka. Nak guna simbol PN pun boleh, belum ada tapi sudah ada cadangan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan BN yang akan menggunakan lambang parti itu kerana pengundi sudah terbiasa dengannya, sebagaimana yang diumumkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.
Iklan
Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah itu menjelaskan, biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen PN bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, ia bukanlah kali pertama parti itu menggunakan lambang lain kerana Pas pernah berbuat demikian pada tahun 1974, ketika Pas masih berada dalam BN.
Sementara itu, ditanya perkembangan PRN Sabah, beliau menjelaskan, Pas mempunyai pengalaman dan pernah bertanding di Sabah.
"Adapun kita nak bertanding banyak mana, bergantung hasil perbincangan antara PN,” katanya.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com