MIC tarik semula penyertaan dalam PN

Iklan
Ahmad Zahid - Foto fail Bernama

TANJUNG MALIM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC telah menarik kembali penyertaannya dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ia berdasarkan surat yang dihantar Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Iklan
Iklan

"Presiden MIC telah menghantar surat kepada Ketua Pengarah RoS menyatakan bahawa keputusan yang dibuat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC terdahulu telah ditarik balik.

"Ini bermakna MIC beri satu pengesahan mereka menarik balik daripada penyertaannya dalam PN,” katanya dalam sidang akhbar di Command Centre PRK N58 Slim di Felda Residence Trolak di sini hari ini.

Iklan
Iklan