Wong Kah Woh dilantik Pengerusi PAC

Iklan
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Usul tersebut dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat dan dipersetujui ahli Parlimen.

Iklan
Iklan

"Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wog Kah Woh akan dilantik menggantikan Datuk Dr Noraini Ahmad manakala Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dilantik menjadi Naib Pengerusi PAC," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) yang turut serta pada perbahasan mengenai usul pelantikan Pengerusi PAC yang baharu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersetuju melantik nama yang dikemukakan oleh pihak Pakatan Harapan (PH).

Iklan

"Kita kemukakan nama Ipoh Timur dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana bersetuju dengan nama yang dikemukakan daripada PH.

"Daripada awal lagi kita kekalkan tradisi pembangkang menjadi Pengerusi PAC. Saya percaya Ipoh Timur akan melaksanakan tugas sebaik mungkin," katanya.

Iklan