Peniaga tidak wajib rekod suhu badan pelanggan

Iklan
Suhu badan pelanggan yang berkunjung ke sesuatu premis perniagaan tidak wajib dicatat sebaliknya hanya nama dan nombor telefon perlu direkod dalam buku jika pelanggan berkenaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.

KUALA LUMPUR - Suhu badan pelanggan yang berkunjung ke sesuatu premis perniagaan tidak wajib dicatat sebaliknya hanya nama dan nombor telefon perlu direkod dalam buku jika pelanggan berkenaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi premis yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana tidak merekodkan suhu badan pelanggan, mereka boleh berhubung kembali dengan pihak berkuasa terbabit.

Iklan
Iklan

"Pengambilan suhu adalah untuk mengetahui pelanggan bergejala atau tidak, jika bergejala tidak seharusnya dibenarkan masuk tetapi (pengambilan) suhu tidak wajib untuk direkodkan," katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri mengulangi peringatan bahawa waktu operasi bagi premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam hanya dibenarkan sehingga 12 tengah malam.

Iklan

Katanya, terdapat laporan kedai serbaneka kembali menjalankan operasi 24 jam walaupun tempoh waktu itu masih belum dibenarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak boleh tulis, simpan rekod suhu badan

Iklan

Beliau, bagaimanapun berkat klinik swasta dibenarkan beroperasi 24 jam dan premis berkenaan harus mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk dalam penggunaan aplikasi MySejahtera.

Beliau juga menegaskan kerajaan belum bercadang membenarkan peniaga kedai makan dari Thailand yang pulang ke negara asal untuk masuk menyambung kembali perniagaan mereka di negara ini.

"Kita masih belum boleh membuka sempadan negara untuk mereka, risikonya terlalu tinggi," katanya. - Bernama