TPM menghadap Sultan Johor

Iklan
Wan Azizah menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene, di sini, sebentar tadi.

Dalam posting terbaharu Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya, ketibaan Wan Azizah di pekarangan istana pada jam 3 petang disambut Sultan Johor bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.