Oxwhite hampiri sasaran penuhi janji pelabur
Iklan
CK Chang
OXWHITE berjaya mencatat transaksi bernilai RM8.4 juta di platform e-dagangnya setakat Ogos ini, kata pengasasnya CK chang.
Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan syarikat berkenaan berada di landasan yang tepat kerana hampir memenuhi janjinya kepada pelabur untuk meraih pendapatan sebanyak RM12 juta menjelang akhir tahun ini.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya, Oxwhite merancang untuk memperluaskan jangkauan perniagaannya ke platform dalam talian untuk mencapai lebihan sasaran iaitu sebanyak 30 peratus.
Di samping itu, jelasnya, pihaknya turut menjalankan usaha kolaborasi jenama, melancarkan produk baharu serta meningkatkan jualan produk.
Iklan
Chang berkata, salah satu usaha berkenaan ialah melancarkan kedai rasmi di platform e-dagang Shopee.
"Kami menyasarkan untuk mendapat hasil jualan sekurang-kurangnya RM250,000 di Shopee dalam jangka masa tiga setengah bulan yang akan datang menerusi promosi e-dagang menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Iklan
Oxwhite yang dilancarkan pada 2018 merupakan platform e-dagang gaya hidup yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.
Pada Disember tahun lalu, platform berkenaan berjaya mendapatkan dana berjumlah RM5.019 juta dari 485 pelabur melalui pelaburan dana ekuiti masyarakat.
Dalam pada itu, Chang berkata, pihaknya sentiasa mendengar secara aktif cadangan pelanggan melalui saluran media sosialnya yang diikuti oleh lebih 146,000 orang bagi mengukuhkan kedudukan jenama tersebut dalam pasaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>