Syarikat IoT milik TNB menang anugerah Frost & Sullivan

Iklan
Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd Hamid

SYARIKAT Internet of Things (IoT) milik Tenaga Nasional Berhad, Maevi Sdn Bhd (Maevi) memenangi anugerah Frost & Sullivan bagi kategori ‘2020 Malaysia Energy Management Solutions New Product Innovation’ sempena 18th Annual Asia-Pacific Best Practices Awards pada 18 Julai lepas.

Anugerah diterima secara maya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maevi, Izham Ismail.

Iklan
Iklan

Frost & Sullivan dianjurkan untuk mengiktiraf pelbagai syarikat yang memacu trend positif di peringkat Asia Pasifik berdasarkan kajian menyeluruh membabitkan petunjuk prestasi masa nyata seperti penguasaan pasaran, pertumbuhan pulangan, jumlah pelanggan dan inovasi teknologi.

Sebanyak 15 pemenang anugerah dari rantau Asia Pasifik diumumkan pada majlis tersebut melibatkan enam sektor utama iaitu Automotif, Tenaga, Industri Pembinaan dan Alam Sekitar, Kesihatan, ICT dan Logistik.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Maevi merangkap Pengarah Urusan TNBES, Dr Ir Ahmad Jaafar Abd Hamid berkata, anugerah tersebut merupakan satu lagi pengiktirafan besar kepada usaha TNB dalam usaha membangunkan dan mempromosikan kecekapan tenaga.

"Ia juga menjadi penanda aras baharu bahawa TNB akan terus memacu ke hadapan dalam bidang kecekapan tenaga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan

Maevi yang membangunkan produk berasaskan IoT menyediakan peranti pemantauan tenaga yang membantu pengguna mengawal penggunaan elektrik secara berhemah.