Isu-isu PH mereka buat tak nampak pula
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap pilih kasih Bersih dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila tidak mengambil tindakan terhadap PH yang secara terang-terangan melakukan kesalahan pada PRK Cameron Highlands.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ia berbeza dengan apa yang dialami beliau pada PRK Sungai Kandis Ogos lalu, apabila Bersih dan SPR membuat laporan polis terhadapnya kerana memuat naik kenyataan di Facebook pada hari pengundian.
Iklan
Iklan
"Saya buat FB posting pun salah, siap di buat sidang akhbar oleh mereka dan bergambar di luar balai polis. Berita itu disiarkan disemua media-media di bawah kawalan mereka.
"Yalah tu. Isu-isu PH mereka buat tak nampak pula.
Iklan
"PH bayar duit minyak kepada pengundi, salah guna aset kerajaan, papan tanda dinaikkan, hamper diberi secara senyap-senyap tengah malam kepada Orang Asli, Timbalan Menteri DAP menceroboh masuk kereta calon BN untuk rampas telefon bimbit, pemimpin PH ugut Orang Asli dan calon DAP terang-terang melanggar akta SPR di pusat mengundi.
"Yang di atas, mereka tak mahu buat sidang akhbar dan lapor polis, ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.
Iklan
Menerusi kenyataan sama, Najib turut menyindir PH agar tidak terlalu memperlihatkan seperti mengamalkan undang-undang hutan atau ‘Rule of Jungle’, meskipun masih terdapat banyak kawasan hutan di Cameron Highlands.
"Kami memandang (dengan mata sebelah tutup) perkara-perkara ini dengan serious,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>