Saya pun BBNU juga: Kucaimars

Iklan
Penyanyi, Kucaimars

ERA Digital Muzik Awards (EDMA2018) telah pun melabuhkan tirai dengan pengumuman para pemenang yang dipertandingkan, pada Jumaat.

Begitu pun, kemunculan Kucaimars mengundang pertanyaan orang ramai yang hadir pada acara itu.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Kucaimars berjaya menempatkan diri pada Top 5 Penyanyi Paling Lit di Media Sosial sebaris penyanyi Khai Bahar, As'ad Motawh, Hael Husaini dan Sarah Suhairi.

Kucaimars atau Amirul Husyairi, ketika ditemui Sinar Harian, berkata, dia merupakan penyanyi baharu dalam industri seni suara dan masih mencari identiti genrenya.

Iklan

"Saya pun budak baru nak up juga, single berjudul Jawab baru sahaja dikeluarkan hari ini (Jumaat).

"Lagu dan minat genre saya lebih kepada alternatif pop seperti karya-karya Indonesia.

Iklan

"Buat masa ini saya bersaing dengan diri sendiri terlebih dahulu, sebab nak cari kelainan antara artis BBNU yang sedia ada," akuinya.