Pejuang hati-hati pilih ahli baharu

Iklan
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan lebih berhati-hati dalam urusan pengambilan ahli baharu yang akan menyertai parti politik tersebut.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bukan semua permohonan untuk menyertai Pejuang akan diterima.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) buat masa ini belum meluluskan permohonan rasmi penubuhan Pejuang sebagai parti politik.

"Disebabkan itu, kita belum menerima permohonan keahlian walaupun ramai yang menghubungi saya untuk menubuhkan bahagian, proses itu akan berlaku kemudian.

Iklan

"Namun, kali ini kita akan lebih memilih dan bukan semua akan terima," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurutnya, bakal ahli perlu mengemukakan permohonan keahlian melalui borang permohonan untuk menyertai Pejuang, malah keahlian bukanlah automatik.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, mereka sememangnya menjalinkan kerjasama erat dan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) di tahap baik walaupun hanya blok ketiga.