Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit meneruskan peningkatan semalam berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini ketika semakin ramai pelabur beralih ke arah mata wang negara sedang membangun termasuk ringgit.
KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan peningkatan semalam berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini ketika semakin ramai pelabur beralih ke arah mata wang negara sedang membangun termasuk ringgit.
Pada jam 9.35 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1680/1730 berbanding dolar AS daripada paras 4.1740/1790, semalam.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata aliran peningkatan harga minyak global telah memacu sentimen pasaran bagi aset lebih berisiko dan menyebabkan ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0432/0473 daripada 3.0487/0533 dan naik berbanding yen kepada 3.9328/9379 daripada 3.9482/9533.
Iklan
Iklan
Selain itu ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4505/4574 daripada 5.4775/4858 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9170/9233 daripada 4.9387/9458 sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>