AirAsia minta pelanggan semak status penerbangan
Iklan
AIRASIA Bhd hari ini mahu memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok (DMK) akan menutup satu landasan mulai 29 Januari 2019 (12.01 tengah malam waktu tempatan) hingga 1 Februari 2019 (11.50 malam waktu tempatan) bagi kerja-kerja penyenggaraan.
Susulan penutupan landasan itu, operasi AirAsia di Bangkok akan terjejas, iaitu kemungkinan mengakibatkan kelewatan penerbangan, serta dijadualkan semula atau pembatalan penerbangan, menurut AirAsia dalam kenyataan hari ini.