Tambah usahawan e-dagang

Iklan
Sebanyak 276,176 entiti telah mendaftar perniagaan dalam talian melalui SSM sehingga 31 Januari 2020.

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menyediakan pelbagai kursus berkaitan pendigitalan perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk mengembangkan atau menukar konsep perniagaan sedia ada kepada platform e-dagang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, kursus tersebut disediakan oleh Institut Keusahawanan Negara (Insken), SME Corp serta Institut Koperasi Malaysia (IKM) secara dalam talian seperti Program Micro Connector – Warong Rider, Women Netprenuer dan Program Micro Connector.

Iklan
Iklan

"Saya meminta kementerian dan semua agensi di bawah MEDAC untuk memikirkan, meneliti inisiatif baharu dan melaksanakan program tambahan bagi membantu serta meningkatkan lagi jumlah usahawan e-dagang.

"Untuk mengadaptasi ekonomi digital secara menyeluruh, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mesti melakukan kejuruteraan semula (re-engineering) perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka sejajar dan bersepadu untuk menyokong transformasi digital,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah penyertaan usahawan PKS dalam platform digital, namun jumlah peratusan usahawan yang berpindah kepada platform e-dagang masih boleh dipertingkatkan lagi.

"Berdasarkan kaji selidik dilakukan oleh SME Corp mengenai adaptasi ICT dalam kalangan PKS, terdapat peningkatan dari segi penglibatan perniagaan dalam talian iaitu sebanyak 26 peratus kepada 37 peratus pada 2018.

Iklan

"Kaji selidik juga mendapati bahawa PKS masih menghadapi masalah untuk menambahbaik operasi perniagaan daripada pengkomputeran ke digitalisasi berikutan masalah kos, teknologi, infrastruktur dan kemahiran penggunaan digital dalam operasi syarikat,” katanya. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai peranan yang besar untuk menggandakan pertumbuhan PKS meliputi peningkatan dalam kecekapan, produktiviti dan jangkauan pasaran.

Justeru, SME Corp telah dipertanggungjawabkan oleh MEDAC sebagai peneraju kepada salah satu teras di bawah Pelan Halatuju Strategik eDagang Kebangsaan (NESR) yang bertujuan mempercepatkan penerapan e-dagang dalam kalangan usahawan.