Pemuda PH lapor polis surat sokongan tular

Iklan
Shazni Munir pada sidang akhbar semalam.

TANJUNG MALIM - Pemuda Pakatan Harapan (PH), semalam membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan surat sokongan meminta anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Berhad yang tular, minggu lalu.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim itu antara lain meminta satu siasatan dibuat selepas mendakwa surat sokongan berkenaan bukti berlakunya salah guna kuasa membabitkan penjawat awam.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu tidak boleh dipandang enteng bagi mengelak ia terus berleluasa dan menjadi amalan dalam institusi kerajaan.

"Ini bukan saja satu tuduhan malah satu bukti dari segi salah guna kuasa.

Iklan

"Dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri ada peruntukan bahawa jika seseorang itu meminta pun dah salah, apatah lagi dah ada bukti guna kedudukan untuk sesuatu pulangan," katanya.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, budaya surat sokongan ini bukan kali pertama timbul, sebelum ini satu video tular membabitkan timbalan menteri menyebut beliau boleh memberikan surat sokongan untuk sekian-sekian perkara.

Iklan

"Di peringkat penjawat awam mereka menjalankan amanah dengan begitu baik tetapi dalam keadaan ini bagaimana menteri dan timbalan menteri boleh ambil sikap bertindak di luar daripada prosedur sepatutnya.

"Jadi kita minta sangat di peringkat pihak berkuasa agar siasat tentang salah laku ini, buktinya telah jelas dan di peringkat menteri juga sudah mengesahkan perkara itu wujud," katanya.

Ikmal Hisham kesal isu tular surat sokongan lantik anak

Surat sokongan tular: Tak berlaku salah guna kuasa, kata Ismail