MIC bersama daftar PN: Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid (tengah) bersama pemimpin IPF ketika hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Pengundi India di Bilik Gerakan IPF, Kampung Baru Slim, Slim River di sini hari ini.
TANJUNG MALIM - MIC antara parti yang bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam jawatankuasa pendaftaran Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudah pun mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, BN tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu kerana PN memang perlu didaftarkan.
"Memang setakat ini maklumat yang saya peroleh MIC salah satu parti yang turut mendaftarkan PN bersama-sama Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta Bersatu. Ini tak jadi masalah setakat ini kerana PN harus didaftarkan.
Iklan
"Sama ada kita mahu menggunakan lambang PN atau sebaliknya, pendirian UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita tetap guna lambang BN untuk menjadi simbol calon," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Pengundi India di Bilik Gerakan Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Kampung Baru Slim, Slim River di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat lima parti termasuk komponen BN menyertai pendaftaran rasmi PN sebagai sebuah gabungan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Lima parti termasuk kompenan BN sertai pendaftar PN
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>