Warga emas ditipu 'Love Scam' RM257,172

Iklan
Gambar kecil: Mohd Salleh

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas kerugian RM257,172 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, wanita berusia 68 tahun itu berkenalan dengan suspek melalui Facebook lebih kurang tiga tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Suspek dikatakan hendak berkahwin dengan mangsa dan menghantar wang ASD750,000 untuk membeli rumah dan kereta tetapi memberitahu mangsa wang yang dihantar itu menggunakan ejen penghantaran Amerika Syarikat.

"Mangsa kemudian dihubungi melalui WhatsApp oleh seorang individu yang menyamar sebagai ejen penghantaran wang tersebut dari Kuala Lumpur dan meminta mangsa membayar RM300,000 sebagai yuran proses Kastam serta penghantaran wang," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurut Mohd Salleh, mangsa menyedari ditipu selepas dia melakukan beberapa kali transaksi namun ejen penghantaran berkenaan masih mahukan bayaran sehingga mangsa kehabisan wang.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Central semalam. Mangsa menggunakan wang yang dipinjam dari rakan- rakannya dan wang mendiang suaminya," katanya.

Iklan