228 individu langgar PKPP berhibur di pusat hiburan

Iklan
Antara individu yang ditahan di salah sebuah premis hiburan, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Seramai 228 individu dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berhibur di dua pusat hiburan hari ini.

Serbuan dilakukan empat pegawai dan 24 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur kira-kira jam 12.55 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, seramai 166 lelaki dan 62 wanita berusia 18 hingga 45 tahun dikompaun mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Turut ditahan dua pengurus premis kerana menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Sumber berkata, polis turut merampas resit jualan dan peralatan premis hiburan itu bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Iklan