Mohd Radzi menang Naib Presiden Bersatu, Pak Wan tewas
Iklan
Mohd Redzuan dan Dr Mohd Radzi
SHAH ALAM - Menteri Kanan (Pendidikan), Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.
Beliau merupakan antara 18 calon yang bertanding dalam pemilihan Bersatu bagi merebut satu daripada tiga tempat jawatan Naib Presiden parti.
Iklan
Iklan
Dua lagi kerusi Naib Presiden dipegang oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof tewas bagi merebut jawatan Naib Presiden kepada dua menteri dan exco terbabit.
Iklan
Persidangan Bersatu peringkat bahagian yang berakhir semalam turut menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden Bersatu selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini.
Turut menang tanpa bertanding ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi jawatan Timbalan Presiden.
Iklan
Sementara itu, jawatan bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Datuk Hashim Suboh.
Dalam pada itu, 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga dimuktamadkan dalam pemilihan tersebut.
Antara yang dipilih ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.
Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Setiausaha Politik Muhyiddin, Azlinda Abdul Latif juga diplih.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti itu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataannya memaklumkan seramai 23,438 perwakilan mengundi dalam persidangan bahagian masing-masing.
Bagaimanapun katanya, hanya 177 daripada 179 bahagian berjaya mengadakan persidangan apabila dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>