Lelaki tertua di dunia tak diiktiraf meninggal dunia
Iklan
JOHANNESBURG - Mangsa terselamat daripada wabak Selesema Perancis pada 1918 dan dipercayai sebagai individu tertua di dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun di Afrika Selatan hari ini.
Fredie Blom yang dilahirkan pada 8 Mei 1904 dianggap sebagai pemegang rekod tidak rasmi untuk individu tertua di dunia selepas Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Briton Bob Weighton di United Kingdom (UK) berusia 112 tahun untuk kategori tersebut.