Econsave ringankan beban 50 keluarga kurang bernasib baik

Iklan
Dari kiri; Devanathan dan Zamzuri semasa menyampaikan sumbangan Econsave Cash & Carry kepada seorang penduduk di Surau Taman Pertama, Pokok Sena pada Rabu lalu. - Foto ihsan Econsave Pokok Sena

SEBANYAK 50 keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Pokok Sena mendapat perhatian Pasaraya Econsave Cawangan Pokok Sena apabila menerima sumbangan Econsave Cash & Carry di Surau Taman Pertama, Pokok Sena pada Rabu lalu.

Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara, Zamzuri Mansor berkata, penerima sumbangan tersebut terdiri daripada 15 orang kurang upaya (OKU), 15 orang ibu tunggal dan 20 keluarga miskin sekitar Mukim Gajah Mati dekat sini.

Iklan
Iklan

"Bantun fasa kelapan ini melibatkan penduduk dari Kampung Keda, Kampung Padang Serai, Taman Pertama, Kampung Batu 14, Kampung Bukit Lala dan Kampung Pecah Gadong.

"Setiap keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,000," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Penghulu Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, Shamsul Hasni Abd Jalil dan Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan.