Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing buru kedudukan podium
Iklan
PASUKAN Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengintai peluang untuk bangkit meraih keputusan positif pada pusingan kedua di Litar Tangkak, Johor, hujung minggu ini selepas gagal meraih kedudukan podium pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Sepang (Utara) bulan lalu.
Pengurus pasukan berkenaan, Amer Saad berkata pasukannya sudah mengumpul data yang diperoleh pada pusingan pertama bagi memburu keputusan lebih baik pada perlumbaan pusingan kedua nanti.