Rugi bersih MSM berkurangan

Iklan
Penurunan dalam jumlah kerugian susulan penambahbaikan dalam kos pengeluaran di kilang penapisan baharu syarikat itu di Pasir Gudang, Johor.

MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menunjukkan penambahbaikan yang selari ke arah pemulihan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020, dengan merekodkan penurunan dalam kerugian bersih secara berturut sejak suku keempat 2019.

MSM menjelaskan, syarikat itu mencatatkan 68 peratus pengurangan dalam jumlah kerugian sebanyak RM 21.55 juta bagi suku kedua 2020 berbanding RM 67.33 juta pada suku kedua 2019.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil keseluruhan berjumlah RM 959.58 juta pada separuh pertama 2020, penurunan yang rendah sebanyak RM 0.26 juta berbanding RM 959.84 juta pada separuh pertama 2019.

"Penurunan dalam jumlah kerugian susulan penambahbaikan dalam kos pengeluaran di kilang penapisan baharu iaitu MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor termasuk peningkatan dalam kadar penggunaan (UF) kepada 23 peratus pada suku kedua 2020 daripada 19 peratus pada suku yang sama tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, prestasi kewangan syarikat itu terus terjejas berikutan susut nilai pada suku yang ditinjau.

Sementara itu, MSM menjelaskan, pertumbuhan yang memberangsangkan dalam permintaan pasaran eksport baharu serta purata harga jualan (ASP) yang kukuh terus menyumbang kepada hasil syarikat.

Iklan

"Di sebalik 10 peratus penurunan dalam jumlah jualan domestik berbanding separuh pertama 2019, ASP bagi segmen pemborong dan industri meningkat sebanyak lapan peratus dan dua peratus.

"Peningkatan jumlah jualan bagi segmen eksport yang dipengaruhi premium lebih tinggi berbanding tahun lepas dianggarkan menyumbang RM 70 juta kepada hasil syarikat bagi tempoh separuh pertama 2020,” katanya.

Setakat ini, MSM telah memperoleh eksport produk gula sebanyak 200,000 tan sehingga penghujung tahun ini.

Mereka menyasarkan untuk meningkatkan jumlah jualan serta produk eksport bagi TK2020 selaras dengan nilai premium yang tinggi.