Amang seksual: Tiga remaja mengaku salah

Iklan

MELAKA - Seorang penghuni Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh di sini, berdepan hukuman 20 tahun penjara selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual ke atas rakannya, Sabtu lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu, mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, dia didapati melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang penghuni sekolah sama berusia 15 tahun sekitar jam 10 malam di asrama Mutiara, Sekolah Tunas Bakti, Batang Tiga Melaka, 19 Januari lalu.

Dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh bersama dua lagi rakan berumur 16 dan 17 tahun mengaku bersalah, menyebabkan kecederaan ke atas mangsa sama dengan menendang serta menampar muka remaja itu pada waktu, tempat dan tarikh sama.

Justeru, ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntuk penjara hingga dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman sebaliknya menetapkan tarikh 25 April depan untuk serahan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tarikh jatuh hukum.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari, membantah jaminan ekoran bimbang keselamatan mangsa memandangkan sekolah itu tiada bilik pengasingan kelas serta asrama.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh ditempatkan di penjara Sungai Udang.