Vaksin Covid-19 perlu diagih secara adil: WHO

Iklan
Dunia perlu mencegah vaksin nasionalisme untuk menjamin akses dan peruntukan yang adil terhadap vaksin koronavirus (Covid-19)

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada semalam berkata, dunia perlu mencegah vaksin nasionalisme untuk menjamin akses dan peruntukan yang adil terhadap vaksin koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Bercakap pada taklimat media secara maya dari Geneva, beliau berkata, sebaik vaksin berjaya dikenal pasti, kumpulan penasihat strategik WHO akan menyediakan cadangan penggunaannya yang sesuai dan adil.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu wartawan pengagihan vaksin diusulkan untuk dilaksanakan menerusi dua fasa.

Pada fasa pertama katanya, dos akan diagihkan secara berkadar dan serentak kepada semua negara terlibat dalam rancangan pembangunan vaksin yang dipimpin WHO bagi mengurangkan risiko keseluruhan.

Iklan

Fasa kedua pula, pertimbangan akan diberikan kepada negara-negara yang terdedah kepada ancaman dan berisiko tinggi.

"Bagi kebanyakan negara, peruntukan fasa pertama dibangunkan untuk 20 peratus populasi, sebahagian besar merangkumi kumpulan berisiko," katanya.

Iklan

Beliau menekankan, apabila yang berisiko tinggi dijangkiti virus walau di mana jua berada dan pada masa sama mereka dilindungi maka dunia akan dapat menstabilkan sistem kesihatan serta membangunkan semula ekonomi global.

"Seperti orkestra, kita memerlukan semua instrumen dimainkan secara harmoni untuk menghasilkan muzik yang boleh dinikmati semua orang," katanya. - Bernama