Korea Selatan kembali diancam Covid-19
Iklan
SEOUL - Kes harian koronavirus (Covid-19) di Korea Selatan meningkat kepada tiga digit sejak seminggu berturut-turut menyaksikan jangkitan dalam kalangan kluster gereja di bandar raya Seoul semakin merebak.
Negeri itu mencatatkan pertambahan 297 lagi kes termasuk 283 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 16,058, lapor agensi berita Yonhap memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).