Bekas setiausaha sulit kanan menteri didakwa esok

Iklan
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang disiasat berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang disiasat berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Pendakwaan akan berlangsung pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu lalu, suspek bersama tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim kepada kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini (esok) selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Iklan

Menurut sumber, wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Iklan

Kedua-dua individu tersebut sebelum itu ditahan pada jam 5.45 petang, Jumaat lalu, selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender 'Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia' secara 'request for proposal' bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.