Keharmonian Bersatu perlu diteruskan pada persidangan bahagian

Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengharapkan agar keharmonian yang ditunjukkan pada persidangan Armada dan Srikandi parti itu akan berpanjangan kepada persidangan bahagian-bahagian pada 22 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, persidangan kedua-dua sayap parti itu yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu berjalan lancar tanpa banyak masalah.

Iklan
Iklan

"Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, saya ucapkan syabas kepada seluruh kepimpinan dan keahlian parti di atas kejayaan persidangan julung-julung kali sayap-sayap Armada dan Srikandi bahagian.

"Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada para petugas pemilihan khususnya ahli-ahli jawatankuasa pemilihan peringkat nasional, negeri dan bahagian serta sekretariat nasional di atas kesungguhan dan komitmen mereka sehingga menghasilkan proses pemilihan yang teratur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Syed Hamid turut menasihatkan mereka yang tewas pada pemilihan supaya tidak kecewa dan meneruskan perjuangan bersama parti.

"Kepada para pemenang jawatan-jawatan dalam jawatankuasa Armada dan Srikandi Malaysia, syabas diucapkan," katanya.

Iklan

Pada pemilihan sayap parti itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai Ketua Armada baharu bagi penggal 2019 hingga 2022.

Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun pula dipilih sebagai Naib Ketua Armada bagi tempoh yang sama.

Selain itu, Datuk Seri Rina Mohd Harun berjaya mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Srikandi Bersatu untuk penggal sehingga tahun 2022.