Tinjauan PRK Dun Slim

Iklan
Penduduk Felda Gunung Besout 2, Ahmar Khalid, 37, menunggang basikal yang dihiasi dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ketika tinjauan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini. PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas. PRK tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dan dua calon bebas, iaitu Amir Khusyairi dan S. Santharasekaran. - Foto Bernama