Dua premis makanan di Kluang diarah tutup sementara
Iklan
Sahruddin (kanan) sewaktu Ops Premis Bersih di Taman Intan, Kluang.
KLUANG - Sebanyak 25 premis makanan di sekitar daerah ini diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan pengusaha makanan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dalam Ops Premis Bersih, petang semalam.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah tersebut, dua premis makanan diarahkan untuk ditutup sementara di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan diberikan tempoh selama 14 hari untuk tindakan pembersihan.
Iklan
Iklan
"Selain itu, sebanyak 40 Notis 32B telah dikeluarkan kepada pemilik premis dengan amaun kompaun keseluruhan sebanyak RM7,750 dan sepatutnya hari ini (semalam), kita melakukan pemeriksaan di 43 premis, namun terdapat 18 premis yang tidak beroperasi.
"Ops Premis Bersih ini akan dijalankan dua kali sebulan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pada tahun ini kita bermula di daerah Kluang bagi memastikan kebersihan dan keselamatan di premis makanan di daerah masing-masing," katanya.
Iklan
Beliau berkata kepada pemberita semasa sidang media Ops Premis Bersih di Taman Intan, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah JKNJ, Dr Selahudden Abd Aziz; Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Dr Mohd Nizam Subahir.
Iklan
Menurutnya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 13,524 premis makanan di negeri ini telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 384 premis telah diarahkan tutup kerana gagal mematuhi aspek kebersihan premis dan pengendalian makanan yang selamat.
"Sebanyak 3,285 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti kebersihan lantai, dinding dan longkang, proses penyediaan makanan, kebersihan tandas, bekalan air serta kawalan serangga dan haiwan perosak.
"Notis juga dikeluarkan atas kesalahan tidak menghadiri latihan pengendalian makanan, tidak mengamalkan kebersihan diri seperti bersin atau batuk ke arah makanan, memakai perhiasan diri, kuku panjang dan sebagainya," katanya.
Pada masa sama, kumulatif kes denggi pada minggu ketiga yang berakhir pada 19 Januari lalu ialah 742 kes dan mencatatkan peningkatan sebanyak 332 kes iaitu 81 peratus kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu 410 kes.
Menurutnya, daerah yang melaporkan kes tertinggi ialah daerah Johor Bahru yang menyumbang sebanyak 67.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes diikuti Muar (6.2 peratus), Kluang (4.9 peratus), Pontian (4.9 peratus), Kulai (4.4 peratus), Batu Pahat (3.5 peratus), Kota Tinggi (3.5 peratus), Tangkak (2.2 pratus), Segamat (2.2 peratus) dan Mersing (0.9 peratus).
"Daerah yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu kedua epidemik ialah Muar iaitu 10 kes), Kluang (lima kes) dan Mersing (dua kes). Pada minggu epidemik ketiga juga, sebanyak 213 lokaliti wabak baharu telah dilaporkan dengan daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah tersebar iaitu 17 lokaliti.
"Orang ramai juga perlu lebih peka dengan masalah penularan wabak denggi ini dan dapat membersihkan persekitaran mereka supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sama ada ketika musim panas atau sebaliknya," katanya.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.