KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan dan majikan diharap mematuhi segera pelaksanaan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja yang dilancarkan baru-baru ini.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak pengurusan dan majikan tidak seharuskan memperlekeh pelaksanaan garis panduan itu yang merupakan satu perkara penting.