Kayuhan Le Tour De Bomba

Iklan
Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan ketika memulakan hari ke-11 kayuhan Le Tour De Bomba sempena sambutan 63 tahun Kemerkedaan. - Foto Bernama

KUANTAN - Pengayuh solo Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan ketika memulakan hari ke-11 kayuhan Le Tour De Bomba sempena sambutan 63 tahun Kemerkedaan. Hari ini kayuhannya bermula dari balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuantan, Pahang ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Mohd Fakhrul yang bertugas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu membuat kayuhan amal berbasikal secara solo yang ke-63 Balai Bomba sempena 63 tahun kemerdekaan. Kayuhan ke seluruh semenanjung Malaysia ini juga dilakukan sejauh 2020 kilometer sempena tahun 2020.

Iklan
Iklan

Ini merupakan kayuhan amal bagi mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan yang bertujuan membantu kakitangan dan pesara JBPM yang memerlukan bagi meringankan beban mereka dan keluarga. - Foto Bernama

Iklan
Iklan