Ratu Elizabeth gesa rakyat Britain ketepi perselisihan

Iklan
Ratu Elizabeth II

LONDON - UNITED KINGDOM. Ratu Elizabeth II menggesa rakyat Britain supaya bersatu hati sebagai usaha untuk mengatasi perpecahan dalam kalangan rakyat negaranya berkenaan isu Brexit.

Ratu berusia 92 tahun itu berkata demikian di hadapan ahli-ahli Women’s Institute (WI) di ladang Sandringham di timur England.

Iklan
Iklan

Mesej Ratu Elizabeth disampaikan semalam ketika Parlimen kini tegang membahaskan mengenai Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada 29 Mac.

Kerabat diraja Britain cenderung melibatkan diri dalam hal politik, dan ratu khasnya, sebagai seorang ketua negara mengamalkan sikap berhati-hati dan neutral di hadapan umum. - AFP

Iklan
Iklan