Virgoun sujud syukur dapat anak lelaki

Iklan
Penyanyi, Virgoun

PENYANYI popular menerusi lagu Surat Cinta Buat Starla, Virgoun Tambunan dan isteri, Inara Idola Rusli, selamat menimang cahaya mata lelaki kedua, semalam.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh penyanyi lelaki tersebut menerusi laman sosialnya.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Ya ALLAH... segala sujud dan syukur kami ucapkan.

"Telah lahir dengan selamat dan sehat anak kedua kami laki-laki dengan nama"Faithlee as-sya'ir virgoun" dengan berat 3.2kilogram, panjang 50 sentimeter," coretnya.

Iklan
Iklan

Pasangan itu berkahwin pada 14 Disember 2014. Hasil perkongsian, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Starla Rhea Idola Virgoun, 3 tahun.